Monday, January 16, 2012

**biDaDari sYurGa**

Salam sayang buat muslimah yg disayangi Allah...
Dan salam ukhwah buat ummah seisinya...
Entri kali ni khas buat renungan muslimat yg bercita-cita tinggi utk menjadi wanita solehah (bidadari) di bumi dan syurga...
insyaAllah, moga dipermudahkan...


~ingin menjadi seperti mereka~

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga cantik. Tidak hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada semua makhluknya. Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.
Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas).
Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita).


Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang boleh melihat bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang keringnya dapat dilihat mata.


~kecantikan isteri (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga~


Dalam satu riwayat...Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.
Kecantikan bidadari hanya dapat dilihat oleh suaminya sahaja kerana bidadari hanya tinggal di rumah masing-masing dan tidak keluar darinya:
Ar-Rahman [72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.
Bidadari itu pula hanya melihat kepada suaminya sahaja: Ar-Rahman [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
Namun kecantikan isteri (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga.
Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa cantiknya Allah.


~pelihara maruah dirimu demi agama dan 'si dia yg berhak' (suami),
auratmu hanya utk tatapan suami~


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.


~Saya ingin menjadi isteri solehah selepas berjaya menjadi hamba, umat, anak yg solehah..!! insyaALLAH~


Allah jadikan muka bidadari 4 warna:
1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah
Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.
Allah jadikan badan Bidadari daripada KASTURI dan AMBAR. Rambut daripada SUTERA. Dari bahagian lutut sehingga ke dada daripada KASTURI dari bahagian dada sehingga ke leher daripada AMBAR. daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.
Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.
Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah ke laut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. Sebab itulah Rasulullah yang Ma’sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.
Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. Setiap jari -jemari disarung cincin permata. Bidadari memakai gelang permata lu’lu’ pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina ‘ العيناء .
Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.


~Wanita solehah taat pada perintah agama, menjaga syariat Allah~




Ibnu Masud Meriwayatkan:
Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.
Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.
Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى الخيام “
Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:
1-70 Helai pakaian
2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.
Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:
1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.
2-Seribu Dulang Emas untuk menyediakan makanan yang diidamkan oleh orang-orang soleh yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.
Begitulah Allah SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan… meraka merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat kembali… sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu mereka layani perasaan mereka dengan takbir dan Tahmid memuji Ilahi.
Biarlah hanya Bangsa Yahudi yang menjadi MONYET DAN KERA.. jangan ada bangsa lain didunia yang juga menjadi monyet dan kera.

-copied-

p/s: Indahnya ciptaan Allah yg berada di bumi dan di syurga. Bagitu indahnya janji-janji Allah buat hamba-hambaNya yang beriman...jom sama2 rebut peluang ni..!! (^_~)

No comments:

Post a Comment